Yang indah itu..memang mengamit setiap yg memandang,
jika ia mampu menenangkan jangan sampai ia bisa mengawal akal mu,
yang cantik itu...memang semuanya ingin melihat,
jika ia terlalu dipuja.. ia mampu meronta dari kawalan mu sendiri,
Jika kau rasa ingin mengapainya..baik kau fikirkan tuk' sekian kali dan rasionalnya,
kerana yang indah itu kadang kala hanya mampu dilihat bukan tuk kau miliki..
ia bukan milik kita..jadi memujanya harus ada batasnya..
kerana harum yang dilepaskan mampu membuat fikiranmu emosinal,
dan ia memang memaksa kau terjun dan terus berkecai..
atau kau bisa keatas semula dan megawalnya..dengan bangga,
Setiap bintang yg dilangit..bukan bersinar pada setiap mata,
kau perlu tahu yg bintang itu bukan satu, fikirkan ia hadir kerana rasa atau cintamu..
kasih mu bukanlah satu tapi beribu dan perlu dikendong dengan sempurna..
hanya kerana tidak mampu menilai, maka yg satu berkerdip sudah bisa melumpuhkan..
Jika ia tidak didekati, kenapa ia kekal membahagiakan..
tapi apabila ia mula didekati..kenapa ia harus berubah..dari sinar yg berkedip..
kepada yg suram dan memalapkan setiap malam malam mu..
Maka biarkan yang kau puja..kekal disitu, ditempat ia mampu bersinar dengan luas
seluas cahayanya mampu pergi..dan ia tidak mampu menyakitkan mu..
jika cahanya tidak bisa menembusi,
..benar kau tak akan sedar selagi tidak merasa kesakitan itu..
Jangan cintainya jika kamu tidak mahu sakit,
atau jika kau tak mahu sakit jangan cintainya..
tapi jika kau mampu mengawalnya..kau pasti bisa menahannya..
...jika tidak
biarlah yang dipuja kekal disitu.