Wednesday, June 15, 2011

Aku tak ingin ini dilepaskan..
..aku tak mahu ini dibiarkan pergi sia sia..
Aku masih ingin tahu, bagaimana rasanya,
kasih yg dikongsi itu hangat dlm genggaman kita..
perjalanan itu masih jauh beribu batu..masih terlalu awl tuk aku lepaskan,
aku masih ingin mengenal mu..masih ingin bersama sama..

Sayang ku takut jika aku terlalu memberi..
jika terlalu menginginkan..tp akan KEHILANGAN kau,
saat aku butuhkannya..nanti.

Cinta buat aku "degil" dan ingkar pada janji sendiri..
..aku tahu kehilangan itu nanti akan buat aku hidup dalam GELAP..
aku tahu sakitnya bagaimana..tapi aku masih inginkannya..
kerna aku tak mahu kau....dihapuskan dalam hidup ku :(

Hadir kerana dia

Pertama aku hadir kerana dia.
kedua aku hadir kerana dia..
ketiga aku hadir kerana dia..
keempat dan seterusnya juga adalah kerana dia..
 
Tiada alasan lain melainkan ingin bersamanya..tp jika alasan itu harus disisihkan,
sisihkan aku dahulu..agar tidak merasa sakit kerana menahannya
dia memberi harapan..dia juga yg menghancurkan..
 
Bagaimana perasaan, bila hancur hatinya bagai di"tikam tikam"..
kerana mengenangkan dia dan janji janjinya..
luluhnya tak terucap..sakitnya tak tertangung teramat,
 
Semangatnya disentap..bukan perlahan, tp sangat kuat..
sekali sudah memadai..cukup merasakan terlalu sakit
jika ingin pergi katakan seadanya..
jika masih inginkan katakan seikhlasnya..
 
Atau masih benar..dan masih ya jawapan itu..
aku tunggu saat itukan tiba,
sayangnya agung tp masih separuh..belum lagi sepenuhnya..
kerana takut berlaku begini...
kerana dari awal..sudahpun terjadi..
bagaimana harus percaya tuk seterusnya nanti,
 
Hanya kau yg bisa membuktikan..
katakan pada ku bahawa sangkaan aku..
 
TIDAK BENAR
...................................................................................................
"Suka itu berbeza..
Cinta itu harus sayang
sayang itu mungkin..
dan Percaya itu sukar.."

Saturday, April 16, 2011

Tidak akan pernah lupa

Hujan tak berhenti..dan ia seolah curahan lambaian..pada saya,
saya dpt lihat awak renung saya dari jauh..
dlm samar itu juga..saya cuba dekati awk,
tapi awk hilang saat saya cuba melakukannya..

Malam itu terus gelap..dan diam dlm sepinya,
namun saya tak pernah berhenti..
juga tidak pernah sekali lupa tuk melihat awk lagi..
setiap yg menitis adalah tanda saya terlalu rindukan awk..
saya sedar jika air mata saya tidak "ditadahi"
namun saya tetap terus berfikir dgn fikiran positif..

Mungkin awk terlalu penat dan tak ada masa dgn saya lagi..
tp saya harap awk beritahu saya setiap malam dgn sms awk..tp awk terus diam hingga saya yg hubungi awak..
tp itu pun sekejap ajer..sb awk kata awk ngantuk..
saya faham klu awk letih tp berilah saya sedikit ruang tuk rindu saya..

Awk..dia akan terus merasa sakitnya bila awak tak beritahu padanya,
dimana awak sekarang..mgkn dia lupa atau tak sedar mgkin juga tidak lagi melepaskan awk..
dunia awk dan dia berbeza..jadi saya cuba beritahu pada dia..yg awk sudah "tiada''..
tp dia tetap menanti sms dan merenung dari luar setiap kali hujan turun..


Saya tahu ia terlalu sukar dilupakan...lebih2 lagi hilangnya awk dlm tangannya mengenggam penuh erat..
dia ingin sangat menjaga awk dan melakukan apa shja demi awk..
Berlalunya perjalanan itu membawa terus hatinya bersama2 awk..
hingga dia lupa hari seterusnya bukan lg bersama awk..
dia cuma ingat hari dia bersama awak..jd saya harap awk sendiri yg beritahu dia..agar

"lepaskan" awk pergi..

Saya tahu awk juga tak ingin dia tersiksa dan terkurung dlm dunianya shja...
dia kini bersama saya..dan awk tak perlu risau, kerana saya boleh menjaga dia..
walau tidak sama dgn apa yg awk pernah lakukan tp saya cuba sebaik baiknya menjaga dia..
awk tak perlu risau..kini dia bersama saya..
saya cuma harap awk rela lepaskan dia..

Dia juga rela lepaskan permergiaan awk jika awak tak menghalangnya..
sedarkan dia dgn "mimpi"  awk..
biarkan saya dan dia mulakan hidup yg baru..
tapi kami tidak pernah melupakan awk..
semoga awak aman..dan tenang disana bersama2
mereka :(


Jangan memilih dia seperti kamu memilih coklat


Keterlaluaan tertarik pada kecantikan dan kesempurnaan,
lebih dari dasar kualitinya..
akhirnya kamu akan kembali pada realiti yg kamu tidak serasi..
kamu akui dia dan kamu 'beda'..

Jika hasilnya coklat itu dlm pelbagai rasa dan bentuk..
manusia juga sama..
pembalutnya menarik dan terkadang mengelirukan,
menjadikan kamu 'rambang' tuk memilih..




Usah keliru dgn teknik itu sb manusia juga punya teknik yg sama..
cantik diluar, hebat fizikalnya..tp belum tentu sempurna didalam,
Usah kelirukan keinginan kamu yg sebenar..
secara tekniknya mata memandang atas tertarik pada sesuatu yg belum pernah dilihat,
dan keseronokkan itu sifatnya sementara..

Kenapa manusia itu tidak diciptakan serupa?
seperti coklat..kenapa harus kita diciptakan berbeza2..dari sifatnya mahupun rupa paras,
tp sebenarnya mereka sama sahaja...
kalaulah coklat itu serupa..maka tak akan ada keinginan dan daya tarikan akan hilang.
kerana tiada pesaing..sudah pasti membosankan..


Jangan menjadi kanak2 yg memilih coklat berdasarkan balutan atau bentuk,
mereka lebih tertarik pada warna dan balutannya..rasa belum tentu sedap,
kerana pemikiran mereka belum luas jadi siibu atau sibapa akan memilih untuk mereka..
kerana mereka tahu coklat mana yg berkualiti atau tidak berkhasiat tuk anak mereka.

Adakah kau memilih dia sama seperti kanak2 itu?
luaran bukan penentu kebahagiaan..
dalaman lebih baik dari hanya melihat luarnya shja..
maka ibu bapa dan org yg lebih tua akan menentukan kehidupan kamu memilih pasangan hidup..
adakah kamu..

akuinya??..

jika TIDAK..

Pilihlah dgn fikiran yg rasional, FIKIR SEBAIK BAIKNYA dan letakkan
keserasian kamu sebagai alasan tuk bersama, dan terima dia seadanya..
Jika sedap kamu makan ,jika tidak..tolong jgn buang tapi simpan..
kerana dia takdir kamu,
bukan sampah yg menjadi pembalut coklat..

SEDANGKAN KAMU YG PILIH DIA DULU!!.

Cari daya tarikan kamu..
cari kelebihan kamu..
cari kekuatan kamu..
cari kesempurnaan kamu..
yg org lain tak miliki..

Untuk memilikinya DIA HARUS DATANG,

DAN BERSAMA memiliki semua yg kamu ada..
kini dia memiliki kamu kerana..

kamu tidak ada pada org lain!.

Friday, April 15, 2011

Perbezaan dalam kepelbagaian

Memang menarik jika anda boleh jadi yg berbeza dr org lain..
 tapi dari sudut manakah perbezaan itu boleh ditonjolkan..

Jika anda fikir anda bebeza maka ia akan berbeza...
Memang kepelbgaian itu penting dalam kehidupan supaya tidak serupa..
dan tidak timbul emosi BOSAN.

Serta perbezaan ini perlu dlm bentuk positif..ya..sgt penting!
Namun tetap ada dlm bentuk yg nagetif..maka  kontra ini yg menciptakan kepelbagaian.

Saya sukakan individu yg berbeza kerana mereka
1) Menarik perhatian
2) Sentiasa dlm imej segar (sentiasa nampak baru)
3) Tidak bosan
4) Sifat ingin tahu yg tinggi
5) Memiliki sifat yg inginkan lain dari yg lain
6) Suka diberi perhatian
7) Suka dipuji kerana dgn pujian menjadikan mereka lebih kreatif
8) Permerhati yg hebat
9) Fokus
10) Sentiasa ingin belajar benda yg baru

Dan yg paling penting jika ada sesuatu yg baru mereka akan MENCIPTA sesuatau yg lebih baru supaya kepelbagaian yg ada akan menampakkan mereka berbeza wlu dalam kontek yg sama.

Perbezaan adalah BESAR maknanya ia boleh dicipta dlm pelbagai benda samaada dari sudut
1) Imej
2) Muzik
3) Nyanyian
4) Ciptaan seperti ( kereta/rumah atau pakaiaan)
5) INDIVIDU ( dari segi personaliti mahu pun pemikiran )

Serta dlm apa jenis bentuk sekalipun perbezaan yg anda ingin tonjolkan ia harus dtg dari dlm diri.
Kerana jika anda meniru tanpa ada keinginan maka peniruaan anda adalah fotocopy yg TIDAK berkualiti..
Jika anda meniru dari ciptaan yg sedia ada tp ianya hadir dgn krativiti anda sendiri maka disitulah wujud kepelbagaian..
kerana idea dtg dlm kotak fikiran anda sendiri bukan dr org lain maka ia pasti  muncul  berbeza..Percaya dan yakin pada diri sendiri.

Teruskan berusaha dgn kepelbagaian yg anda cipta agar wujud perbezaan dr setiap ciptaan.

ini BERBEZA...

dan ini BIASA

LADY GAGA antara selebriti yg inginkan kelainan dan sering mencipta pebezaan dlm setiap imej yg ditonjolkan yg kadang kala mengelirukan tetapi itulah kepelbagaian yg ada pada Lady GAGA.



Sunday, January 16, 2011

Biar yg dipuja kekal disitu..


Yang indah itu..memang mengamit setiap yg memandang,
  jika ia mampu menenangkan jangan sampai ia bisa mengawal akal mu,
yang cantik itu...memang semuanya ingin melihat,
  jika ia terlalu dipuja.. ia mampu meronta dari kawalan mu sendiri,

Jika kau rasa ingin mengapainya..baik kau fikirkan tuk' sekian kali dan rasionalnya,
 kerana yang indah itu kadang kala hanya mampu dilihat bukan tuk kau miliki..
ia bukan milik kita..jadi memujanya harus ada batasnya..
 kerana harum yang dilepaskan mampu membuat fikiranmu emosinal,
dan ia memang memaksa kau terjun dan terus berkecai..
  atau kau bisa keatas semula dan megawalnya..dengan bangga,

Setiap bintang yg dilangit..bukan bersinar pada setiap mata,
 kau perlu tahu yg bintang itu bukan satu, fikirkan ia hadir kerana rasa atau cintamu..
kasih mu bukanlah satu tapi beribu dan perlu dikendong dengan sempurna..
 hanya kerana tidak mampu menilai, maka yg satu berkerdip sudah bisa melumpuhkan..

Jika ia tidak didekati, kenapa ia kekal membahagiakan..
 tapi apabila ia mula didekati..kenapa ia harus berubah..dari sinar yg berkedip..
kepada yg suram dan memalapkan setiap malam malam mu..

Maka biarkan yang kau puja..kekal disitu, ditempat ia mampu bersinar dengan luas
 seluas cahayanya mampu pergi..dan ia tidak mampu menyakitkan mu..
jika cahanya tidak bisa menembusi,
..benar kau tak akan sedar selagi tidak merasa kesakitan itu..

Jangan cintainya jika kamu tidak mahu sakit,
 atau jika kau tak mahu sakit jangan cintainya..
tapi jika kau mampu mengawalnya..kau pasti bisa menahannya..

...jika tidak
biarlah yang dipuja kekal disitu.

Monday, January 10, 2011

"Kadang Kala"...

 Kadang kala hidup perlukan sepi..perlukan sunyi...rasa nak tinggal sendiri,
     tidak mahu menyusahkan sesiapa atau mengusutkan fikiran memikirkan mslah org lain,
 tapi aku tidak mampu mengawal semua yg difikir....kerna
...aku tak bisa merawatnya sendiri..kerna Dia pasti dengar dan LAHIRKAN kita teman,

Bila teman kita sering tak memahami..saat kita mahu bermandi hujan..tp mereka mahukan mandi dilaut..
 bila mereka mahukan langit diwarnakan jingga..aku mahukan ia kekal biru,
Tapi kadang kala sahabat kita tetap melakukannya bersama sama...kerna kita sering menjaga,
 tapi bila langit tak selalunya cerah...hujan pasti melupuskan semua...

Kadang kala kita tidak dpt menjaga semuanya...ada yg rasa dikhianati,
 tapi niat ku tidak pasti begitu..kerna lahirnya detik yg bermula..adalah tanda ia selama,
kerna sahabat bukan dtg pada hari ini..dan pergi besok! tp mereka kekal selama kita bisa bernafas..
 cuma biarkan ia berlalu pergi..bukan tanda membenci cuma mahukan ia kekal disitu,
Aku masih disini..

tapi biarlah..

kerna ia kadang kala...

merangut fikiran..tetapi kita tetap sahabat..:)